Showing posts with label MAS. Show all posts
Showing posts with label MAS. Show all posts

Saturday, 3 January 2015

Keluarga mangsa MH370 irihati QZ8501 ditemui dalam tiga hari

Penemuan serpihan pesawat and mangsa nahas QZ8501 sejak semalam membuatkan salah seorang keluarga mangsa MH370 berasa iri hati.

Menurut Sarah Bajc, teman wanita kepada seorang warganegara Amerika Syarikat, Philip Wood, 50 yang merupakan salah satu penumpang MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, dia berasa sedikit iri hati kerana masih belum ada sebarang jawapan tentang kehilangan pesawat MH370.

Dalam satu temuramah dengan CNN, Bajc berkata apa yang berlaku sejak kehilangan pesawat AirAsia dilaporkan Ahad lepas amat berbeza dengan situasi yang dilalui keluarga mangsa MH370.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 penumpang hilang Mac lalu sehingga ke hari ini, ianya masih belum ditemui.

“Boleh dikatakan saya agak cemburu dengan apa yang berlaku. Sekurang-kurangnya, mereka mampu mengetahui apa yang berlaku dan meneruskan kehidupan mereka,” katanya.

Bajc berkata pihak berkuasa juga telah bertindak dengan serta-merta dan memberi informasi terkini kepada semua ahli keluarga.

“Ianya berlainan dengan apa yang kami keluarga mangsa MH370 lalui,” katanya lagi.

Menurut Bajc, keluarga MH370 masih menghadapi cabaran emosi, kewangan dan dari segi perundangan memandangkan tiada sijil kematian dikeluarkan untuk mangsa pesawat MH370.

Bajc pada masa yang sama turut menyampaikan perasaan simpatinya terhadap keluarga mangsa QZ8501.

Pesawat AirAsia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura dilaporkan hilang pada hari Ahad lepas. Misi pencarian pada hari ke empat telah menemui tujuh mayat nahas pesawat itu di Teluk Kumai, setakat ini.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

Tuesday, 18 March 2014

MH370: Landasan Diego Garcia antara ditemui dalam simulator Kapten Zaharie

KUALA LUMPUR: Landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam pada Sabtu lalu, lapor Berita Harian.

Akhbar itu memetik sumber yang berkata, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.

"Meskipun kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin menafikan MH370 mendarat di Diego Garcia, siasatan tetap dibuat kerana ia berpandukan data perisian simulator penerbangan Zaharie," kata sumber tersebut kepada Berita Harian.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.

Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Sebelum ini, Amerika Syarikat menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.

Menurut sumber itu juga, siasatan juga dibuat bagi mencari petunjuk kemungkinan juruterbang mendaratkan pesawat di landasan yang dipelajarinya dalam simulator berkenaan.

Sumber itu menjelaskan pihak PDRM menjalankan siasatan tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370.

Siasatan yang dibuat juga merangkumi kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...