Thursday 17 July 2014

Pesawat Penumpang MH17 Ditembak Jatuh Di Sempadan Ukraine


Setelah peristiwa MH370 hilang dari radar pada 8 Mei 2014 sehingga sekarang pesawat MH370 masih belum ditemui. Pada 17 Julai 2014 selang 4 bulan sebuah lagi pesawat Milik Malaysia Airline MH17 sedang dalam perjalanan dari Armsterdam menuju ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh sewaktu melalui ruang udara Ukraine.

Pesawat tersebut membawa 15 anak kapal dan 283 Penumpang yang terdiri daripada  193 warga Belanda (termasuk seorang dengan kewarganegaraan Belanda/Amerika Syarikat, Malaysia (43 termasuk 15 anak kapal dan dua bayi), Australia (27), Indonesia (12 termasuk seorang bayi), United Kingdom (10 termasuk seorang dengan kewarganegaraan UK/Afrika Selatan), Jerman (empat), Belgium (empat), Filipina (tiga), Kanada (satu), New Zealand (satu).

menurut laporan awal daripada kerajaan Ukraine, Pro Rusia telah menembak jatuh pesawat MH17 yang sedang melalui ruang udara Ukraine berdekatan dengan sempadan Rusia. Walaubagaimanapun sehinga kini belum ada pihak yang membuat pengakuan bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

Perdana Menteri Malaysia telah membuat kenyataan berhubung dengan kejadian tersebut melalui facebook milik beliau.

Pihak Malaysia Airline telah membuka bilik gerakan bagi memudahkan waris pesawat untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai kejadian tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...