Monday 11 August 2014

Suspek kelima kes bunuh pelajar Britain diberkas



KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Muhammad Sabtu Osman mendedahkan bahawa polis memberkas seorang lagi lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh dua pelajar warga Britain di Jalan Padungan di sini awal pagi Rabu lepas.

Suspek kelima katanya yang berusia 55 tahun, diberkas di kediamannya di Synergy Square di Matang pada Jumaat lepas.

“Kelima-lima suspek telah ditangkap di mana empat daripadanya ditangkap lebih awal.

“Kami telah menyiapkan kertas siasatan dan kami akan serahkan kepada DPP (Timbalan Pendakwa Raya) dan memuktamadkannya di mahkamah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Polis di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di Jalan Badruddin di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pe-suruhjaya Polis Sarawak Datuk Dr Chai Khin Chung.

Sabtu berkata, beliau kesal kes sedemikian berlaku di negeri ini kerana mencemarkan bukan sahaja nama polis malah nama Sarawak.

“Saya kecewa perkara ini berlaku. Orang yang hilang pemikiran, kesabaran melakukan perkara ini sehingga menjejaskan nama kami.

“Kami akan melakukan pemeriksaan teliti untuk mengelak perkara ini berlaku lagi,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menyeru polis melakukan rondaan secara lebih kerap, Sabtu berkata pihaknya akan terus memberi tumpuan di lokasi-lokasi panas dan kawasan cenderung jenayah.

“Kami akan gunakan kekuatan yang ada sebaik mungkin di kawasan-kawasan utama dan akan beri tumpuan di kawasan-kawasan sesak,” katanya.

Beliau menambah, pe-meriksaan di kawasan-kawa-san dikenal pasti itu dikendali-kan oleh Unit Peronda Polis, Unit Ronda Bermotosikal serta polis berbasikal.

Manakala mengenai pe-meriksaan kereta selepas jam 2 pagi, beliau berkata operasi sedemikan seperti sekatan jalan raya sememangnya dijalankan polis dari semasa ke semasa.

“Arahan ini telah dikeluar-kan kepada pegawai-pegawai. Kami buat pemeriksaan secara rambang.

“Dalam hal seperti ini, kami mengkaji kawasan mana yang kami perlu buat pemeriksaan dan kawasan mana yang kami perlu longgarkan sikit,” jelasnya.

Dalam pada itu, Sabtu turut menyeru mana-mana pihak yang mempunyai sebarang cadangan mahupun aduan agar mengajukan perkara itu secara terus kepadanya atau timbalannya.

“Sila berhubung terus dengan saya, perkara itu boleh dibawa berbincang.

“Kami bersikap terbuka dan telus. Apabila ada sebarang aduan maka kami tahu masyarakat memerlukan penambahbaikan jadi kami akan cuba perbaiki,” katanya.

Sementara itu, majlis me-nyaksikan seramai 70 pegawai berpangkat inspektor dinaikkan pangkat kepada Asisten Superintenden Polis (ASP).

“Saya berharap mereka dapat menjalankan tugas dengan amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat, setimpal dengan apa juga jawatan mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...