Saturday 3 January 2015

Keluarga mangsa MH370 irihati QZ8501 ditemui dalam tiga hari

Penemuan serpihan pesawat and mangsa nahas QZ8501 sejak semalam membuatkan salah seorang keluarga mangsa MH370 berasa iri hati.

Menurut Sarah Bajc, teman wanita kepada seorang warganegara Amerika Syarikat, Philip Wood, 50 yang merupakan salah satu penumpang MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, dia berasa sedikit iri hati kerana masih belum ada sebarang jawapan tentang kehilangan pesawat MH370.

Dalam satu temuramah dengan CNN, Bajc berkata apa yang berlaku sejak kehilangan pesawat AirAsia dilaporkan Ahad lepas amat berbeza dengan situasi yang dilalui keluarga mangsa MH370.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 penumpang hilang Mac lalu sehingga ke hari ini, ianya masih belum ditemui.

“Boleh dikatakan saya agak cemburu dengan apa yang berlaku. Sekurang-kurangnya, mereka mampu mengetahui apa yang berlaku dan meneruskan kehidupan mereka,” katanya.

Bajc berkata pihak berkuasa juga telah bertindak dengan serta-merta dan memberi informasi terkini kepada semua ahli keluarga.

“Ianya berlainan dengan apa yang kami keluarga mangsa MH370 lalui,” katanya lagi.

Menurut Bajc, keluarga MH370 masih menghadapi cabaran emosi, kewangan dan dari segi perundangan memandangkan tiada sijil kematian dikeluarkan untuk mangsa pesawat MH370.

Bajc pada masa yang sama turut menyampaikan perasaan simpatinya terhadap keluarga mangsa QZ8501.

Pesawat AirAsia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura dilaporkan hilang pada hari Ahad lepas. Misi pencarian pada hari ke empat telah menemui tujuh mayat nahas pesawat itu di Teluk Kumai, setakat ini.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...